Related Posts with Thumbnails
Promosi Tahun Baru Cina
Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang baru sahaja berlalu pada 14hb Februari 2010, pihak Hotel Ezi Inn, Kuala Kangsar tidak ketinggalan untuk turut sama-sama menghiasi dan mendekorasi hotel dengan hiasan bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina ini.



Dalam masa yang sama juga, sebagai menyahut seruan kerajaan iaitu konsep 1 Malaysia, pihak Hotel Ezi Inn sangat berbesar hati untuk turut mewujudkan suasana mesra pelanggan dengan menghiasi ruang legar hotel (lobby) dengan hiasan-hiasan bersempena perayaan ini yang rata-ratanya berwarna merah.

Sekadar ingin berkongsi, kaum Cina percaya bahawa pada hari perayaan mereka, segala yang berwarna merah samaada dari segi perhiasan rumah,peralatan, pakaian akan membawa nasib yang baik kepada pemakai atau penggunanya.


Kepada semua pelanggan kami yang berbangsa Cina, Selamat Tahun Baru Cina kami ucapkan kepada anda semua.


0 Responses

Post a Comment

  • Followers

    Maklumat Pengunjung