Related Posts with Thumbnails
Cuti-cuti di Kuala Kangsar...Moh ke Kuale!


Kuale...oohh..kuale...

Sesekali apabila inginkan percutian bersama keluarga, pasti kekurangan 'budget' menjadi halangannya.. Apakata, sekali sekala, rancangkanlah sebuah percutian ke destinasi bajet pilihan di seluruh negara kita yang tercinta ini..

Bagi ibu bapa yang berpeluang untuk menghabiskan masa bersama anak-anak, golongan remaja yang inginkan percutian bersama rakan-rakan dengan kos yang rendah dan masih tidak tahu kemana tempat ingin dituju, KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA mungkin akan menjadi pilihan yang terbaik.

Terletak kira-kira 36 kilometer dari pekan Ipoh, Kuala Kangsar merupakan antara destinasi percutian yang menarik untuk dikunjungi memandangkan ianya merupakan sebuah bandar yang kaya dengan pelbagai peninggalan sejarah dan juga kepelbagaian nilai budaya dan warisan yang telah diterapkan sejak dahulu kala lagi.

credit to mywanfai.wordpress.com

Bila sebut sahaja tentang Labu Sayong, Laksa PakNgah, semua itu memang sinonim dengan pekan kecil ini.

credit to mywanfai.wordpress.com

credit to mywanfai.wordpress.com

Bagi yang berminat untuk menambah pengetahuan mengenai institusi Raja-Raja Melayu di Perak terutamanya dan teringin untuk menyaksikan sendiri koleksi peribadi milik Sultan Perak, para pengunjung bolehlah datang ke Galeri Sultan Azlan Shah dimana untuk memasukinya pengunjung boleh membeli tiket di pintu utama galeri tersebut.

Bagi para pelajar terutamanya pelajar IPTA dan IPTS, akan berpeluang menikmati diskaun potongan harga sekiranya menunjukkan kad matrik anda kepada pengawal yang bertugas.

Rasa-rasanya apabila berkunjung ke Kuala Kangsar, sehari itu tidak memadai untuk menjelajah ke seluruh pekan ini..Apakata, singgah sebentar ke Hotel Ezi Inn, Kuala Kangsar untuk menginap di sini sebelum meneruskan penjelajahan pada keesokan harinya. Anda boleh menempah bilik pada bila-bila masa dan kakitangan di Front-Office kami akan ramah melayan panggilan anda...

Hotel Ezi Inn Kuala Kangsar menyediakan bilik penginapan bajet yang selesa dengan menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggannya..Oh, terlupa pula, sambil menginap disini, para pengunjung boleh melayari internet dan ianya adalah percuma...saya ulang, kemudahan internet adalah PERCUMA (tetapi cuma untuk pelanggan yang bermalam disini sajela..hehe)
Untuk sebarang tempahan anda bolehlah menghubungi kami di talian 05-7771111

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan beroperasi, rata-rata dikalangan pelanggan kami berpuas hati dengan kemudahan penginapan yang disediakan dan menyatakan hasrat untuk menginap disini lagi di lain masa dan kunjungan mereka. Dan tak lupa juga kepada para pelanggan yang telah berkongsi komen pendapat yang membina dengan pihak kami antara masalah-masalah yang mereka hadapi sepanjang tempoh penginapan mereka disini. Terima kasih atas segala pandangan dan komen yang diterima..InsyaAllah, akan kami jadikannya sebagai peluang untuk kami perbaiki dan untuk bersaing dengan lebih maju lagi dalam dunia perhotelan ini.

Jadi, apa tunggu lagi...datangla ke Kuala Kangsar, kami mengalu-alukan kedatangan anda disini..^_^V


0 Responses

Post a Comment

  • Followers

    Maklumat Pengunjung