Related Posts with Thumbnails
Pengenalan


Hotel Ezi Inn yang bertempat di Kuala Kangsar Perak merupakan sebuah hotel asas yang moden dan merupakan hotel pilihan bagi pelanggan samaada pelanggan perniagaan mahupun pelanggan yang inginkan sebuah tempat penginapan yang bercirikan moden dan selesa. Ianya terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.

Hotel yang baru sahaja memulakan operasinya pada bulan September, 2009 mempunyai 30 bilik yang bercirikan moden dan terkini yang dikategorikan kepada 3 kategori bermula dari kategori Superior sehingga Deluxe Family dan kesemuanya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, bilik air yang selesa, LCD Televisyen untuk memastikan para pelanggan kami sentiasa mendapat keselesaan dan kebersihan di sepanjang penginapan mereka di Hotel Ezi Inn.

Sebagai memenuhi kehendak pelanggan dan sesuai dengan penggunaan teknologi terkini, Hotel Ezi Inn dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar yang berkelajuan tinggi (high speed wireless broadband (WiFi)) dimana para pelanggan tidak dikenakan sebarang kos bagi tujuan penggunaan kemudahan ini.




Di Hotel Ezi Inn, para pelanggan boleh memilih untuk menginap disini dengan pelbagai tujuan samada tujuan perniagaan, percutian bersama keluarga tersayang mahupun sahabat handai dan anda diberi jaminan untuk mendapat servis penginapan yang selesa dan tenang.

Di Hotel Ezi Inn, kami mengutamakan pelanggan dengan menawarkan sebuah tempat penginapan yang unik, memberikan keselesaan kepada pelanggan dan juga menawarkan harga yang berpatutan bagi kadar penginapan mengikut kemampuan dan permintaan pelanggan.

Kategori Bilik di Hotel Ezi Inn

Deluxe

Dengan hiasan kontemporari, selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselasaan pelanggan untuk menginap dengan tenang dan produktif.
Bilik ini dilengkapi 2 katil bersaiz Queen
Harga Promosi: RM120/nett

Family

Dengan ruang yang besar dan bilik bercirikan moden, kategori ini sesuai untuk pelanggan yang telah berkeluarga dan inginkan penginapan yang selesa di Hotel Ezi Inn.
Bilik ini dilengkapi 1 katil bersaiz Queen dan 1 katil bersaiz Single
Harga Promosi: RM90/nett

Superior

Dengan hiasan kontemporari, selesa dan dilengkapi pelbagai kemudahan, bilik ini dapat memberikan ketenangan kepada pelanggan agar pelanggan kami kekal produktif.
Bilik ini dilengkapi dengan 1 katil bersaiz Queen
Harga Promosi: RM60/nett

Untuk sebarang tempahan, sila hubungi kami di talian 05-777 1111

Hotel Ezi Inn, Kuala Kangsar
"The Smart Basic Hotel"

0 Responses

Post a Comment

  • Followers

    Maklumat Pengunjung