Related Posts with Thumbnails
Promosi Tahun Baru Cina
Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang baru sahaja berlalu pada 14hb Februari 2010, pihak Hotel Ezi Inn, Kuala Kangsar tidak ketinggalan untuk turut sama-sama menghiasi dan mendekorasi hotel dengan hiasan bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina ini.



Dalam masa yang sama juga, sebagai menyahut seruan kerajaan iaitu konsep 1 Malaysia, pihak Hotel Ezi Inn sangat berbesar hati untuk turut mewujudkan suasana mesra pelanggan dengan menghiasi ruang legar hotel (lobby) dengan hiasan-hiasan bersempena perayaan ini yang rata-ratanya berwarna merah.

Sekadar ingin berkongsi, kaum Cina percaya bahawa pada hari perayaan mereka, segala yang berwarna merah samaada dari segi perhiasan rumah,peralatan, pakaian akan membawa nasib yang baik kepada pemakai atau penggunanya.


Kepada semua pelanggan kami yang berbangsa Cina, Selamat Tahun Baru Cina kami ucapkan kepada anda semua.


Cuti-cuti di Kuala Kangsar...Moh ke Kuale!


Kuale...oohh..kuale...

Sesekali apabila inginkan percutian bersama keluarga, pasti kekurangan 'budget' menjadi halangannya.. Apakata, sekali sekala, rancangkanlah sebuah percutian ke destinasi bajet pilihan di seluruh negara kita yang tercinta ini..

Bagi ibu bapa yang berpeluang untuk menghabiskan masa bersama anak-anak, golongan remaja yang inginkan percutian bersama rakan-rakan dengan kos yang rendah dan masih tidak tahu kemana tempat ingin dituju, KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA mungkin akan menjadi pilihan yang terbaik.

Terletak kira-kira 36 kilometer dari pekan Ipoh, Kuala Kangsar merupakan antara destinasi percutian yang menarik untuk dikunjungi memandangkan ianya merupakan sebuah bandar yang kaya dengan pelbagai peninggalan sejarah dan juga kepelbagaian nilai budaya dan warisan yang telah diterapkan sejak dahulu kala lagi.

credit to mywanfai.wordpress.com

Bila sebut sahaja tentang Labu Sayong, Laksa PakNgah, semua itu memang sinonim dengan pekan kecil ini.

credit to mywanfai.wordpress.com

credit to mywanfai.wordpress.com

Bagi yang berminat untuk menambah pengetahuan mengenai institusi Raja-Raja Melayu di Perak terutamanya dan teringin untuk menyaksikan sendiri koleksi peribadi milik Sultan Perak, para pengunjung bolehlah datang ke Galeri Sultan Azlan Shah dimana untuk memasukinya pengunjung boleh membeli tiket di pintu utama galeri tersebut.

Bagi para pelajar terutamanya pelajar IPTA dan IPTS, akan berpeluang menikmati diskaun potongan harga sekiranya menunjukkan kad matrik anda kepada pengawal yang bertugas.

Rasa-rasanya apabila berkunjung ke Kuala Kangsar, sehari itu tidak memadai untuk menjelajah ke seluruh pekan ini..Apakata, singgah sebentar ke Hotel Ezi Inn, Kuala Kangsar untuk menginap di sini sebelum meneruskan penjelajahan pada keesokan harinya. Anda boleh menempah bilik pada bila-bila masa dan kakitangan di Front-Office kami akan ramah melayan panggilan anda...

Hotel Ezi Inn Kuala Kangsar menyediakan bilik penginapan bajet yang selesa dengan menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggannya..Oh, terlupa pula, sambil menginap disini, para pengunjung boleh melayari internet dan ianya adalah percuma...saya ulang, kemudahan internet adalah PERCUMA (tetapi cuma untuk pelanggan yang bermalam disini sajela..hehe)
Untuk sebarang tempahan anda bolehlah menghubungi kami di talian 05-7771111

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan beroperasi, rata-rata dikalangan pelanggan kami berpuas hati dengan kemudahan penginapan yang disediakan dan menyatakan hasrat untuk menginap disini lagi di lain masa dan kunjungan mereka. Dan tak lupa juga kepada para pelanggan yang telah berkongsi komen pendapat yang membina dengan pihak kami antara masalah-masalah yang mereka hadapi sepanjang tempoh penginapan mereka disini. Terima kasih atas segala pandangan dan komen yang diterima..InsyaAllah, akan kami jadikannya sebagai peluang untuk kami perbaiki dan untuk bersaing dengan lebih maju lagi dalam dunia perhotelan ini.

Jadi, apa tunggu lagi...datangla ke Kuala Kangsar, kami mengalu-alukan kedatangan anda disini..^_^V


Peta Lokasi Hotel Ezi Inn, Kuala Kangsar

Hotel Ezi Inn, Kuala Kangsar
"The Smart Basic Hotel"


Kategori Bilik di Hotel Ezi Inn, Kuala Kangsar

Untuk sebarang tempahan, sila hubungi kami di talian 05-777 1111

Hotel Ezi Inn, Kuala Kangsar
"The Smart Basic Hotel"



Kemudahan-kemudahan yang ditawarkan di Hotel Ezi Inn, Kuala Kangsar


Berikut adalah antara kemudahan yang disediakan oleh pihak Hotel Ezi Inn untuk keselesaan pelanggan-pelanggan yang menginap di sini.


Parkir Percuma

Peralatan-peralatan yang disediakan di dalam bilik:




Bilik-Bilik yang terdapat di Hotel Ezi Inn:


Bilik Deluxe



Bilik Family
(dimana terdapat 2 buah katil yang dikhaskan untuk ibubapa dan anak)


Bilik Superior
(bilik yang menempatkan sebuah katil bersaiz Queen)



Bilik air yang bercirikan moden dan terkini dengan dilengkapi 'sliding door'

Bilik air yang bersih dan selesa untuk keselesaan pelanggan.



Hotel Ezi Inn, Kuala Kangsar
"The Smart Basic Hotel"


Gambar-Gambar Menarik di Ezi Inn Hotel
Selepas beberapa bulan beroperasi,Hotel Ezi Inn mula dikenali di kalangan masyarakat sekitarnya dan tak kurang juga pelanggan dari luar daerah Kuala Kangsar dan terbaru, Hotel Ezi Inn turut menerima kunjungan artis-artis popular dan krew-krew penggambaran mereka yang memilih untuk menginap disini.


Barisan staff front-office yang ramah menanti kunjungan anda.


Di Hotel Ezi Inn, kami mengalu-alukan kedatangan anda.


Staff-staff Hotel Ezi Inn bergambar bersama artis baru popular, Nabil Raja Lawak.



Artis, Ako Mustapha turut menginap di Hotel Ezi Inn.



Untuk sebarang tempahan, sila hubungi kami di talian 05-777 1111

Hotel Ezi Inn, Kuala Kangsar
"The Smart Basic Hotel"



Pengenalan


Hotel Ezi Inn yang bertempat di Kuala Kangsar Perak merupakan sebuah hotel asas yang moden dan merupakan hotel pilihan bagi pelanggan samaada pelanggan perniagaan mahupun pelanggan yang inginkan sebuah tempat penginapan yang bercirikan moden dan selesa. Ianya terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.

Hotel yang baru sahaja memulakan operasinya pada bulan September, 2009 mempunyai 30 bilik yang bercirikan moden dan terkini yang dikategorikan kepada 3 kategori bermula dari kategori Superior sehingga Deluxe Family dan kesemuanya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, bilik air yang selesa, LCD Televisyen untuk memastikan para pelanggan kami sentiasa mendapat keselesaan dan kebersihan di sepanjang penginapan mereka di Hotel Ezi Inn.

Sebagai memenuhi kehendak pelanggan dan sesuai dengan penggunaan teknologi terkini, Hotel Ezi Inn dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar yang berkelajuan tinggi (high speed wireless broadband (WiFi)) dimana para pelanggan tidak dikenakan sebarang kos bagi tujuan penggunaan kemudahan ini.




Di Hotel Ezi Inn, para pelanggan boleh memilih untuk menginap disini dengan pelbagai tujuan samada tujuan perniagaan, percutian bersama keluarga tersayang mahupun sahabat handai dan anda diberi jaminan untuk mendapat servis penginapan yang selesa dan tenang.

Di Hotel Ezi Inn, kami mengutamakan pelanggan dengan menawarkan sebuah tempat penginapan yang unik, memberikan keselesaan kepada pelanggan dan juga menawarkan harga yang berpatutan bagi kadar penginapan mengikut kemampuan dan permintaan pelanggan.

Kategori Bilik di Hotel Ezi Inn

Deluxe

Dengan hiasan kontemporari, selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselasaan pelanggan untuk menginap dengan tenang dan produktif.
Bilik ini dilengkapi 2 katil bersaiz Queen
Harga Promosi: RM120/nett

Family

Dengan ruang yang besar dan bilik bercirikan moden, kategori ini sesuai untuk pelanggan yang telah berkeluarga dan inginkan penginapan yang selesa di Hotel Ezi Inn.
Bilik ini dilengkapi 1 katil bersaiz Queen dan 1 katil bersaiz Single
Harga Promosi: RM90/nett

Superior

Dengan hiasan kontemporari, selesa dan dilengkapi pelbagai kemudahan, bilik ini dapat memberikan ketenangan kepada pelanggan agar pelanggan kami kekal produktif.
Bilik ini dilengkapi dengan 1 katil bersaiz Queen
Harga Promosi: RM60/nett

Untuk sebarang tempahan, sila hubungi kami di talian 05-777 1111

Hotel Ezi Inn, Kuala Kangsar
"The Smart Basic Hotel"

  • Followers

    Maklumat Pengunjung